REFLEKSI MINGGU 1
Alhamdulilah, syukur saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menghadirkan diri sepanjang kuliah BMM 3105 bagi subjek Pengajaran dan Pembelajaran berbantukan Komputer ini dalam keadaan yang sihat. Terima kasih juga buat pensyarah pembimbing, encik Firdaus Bin Abdul Salam kerana dengan komitmen serta keprihatinan yang tinggi banyak membantu saya dalam mempelajari tentang cara-cara untuk menggumpul maklumat serta dapat mendalami ilmu berkaitan dengan dunia ICT ataupun perkomputeran ini. Semoga segala jasa dan tenaga yang telah beliau sumbangkan, mendapat berkat dan rahmat dariNya.
Sepanjang minggu pertama ini, kami mendapat tugasan berkaitan dengan tajuk penggunaan enjin pencari Bahasa Melayu yang memerlukan kami untuk mencari bahan dan maklumat berkaitan dengan subjek major kami iaitu subjek Bahasa Melayu. Tidak dinafikan bahawa perlaksanaan tugasan ini bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah, kerana setiap maklumat yang kami perolehi perlulah kami ketahui tentang sumbernya dan boleh dipercayai. Maklumat yang didapati tidak boleh disimpan dengan begitu sahaja namun memerlukan tapisan dalam memastikan maklumat yang diperolehi merupakan sumber yang sahih dan dapat digunakan serta dijadikan rujukan pada masa akan datang. Melalui tugasan pada minggu ini, maklumat yang kami perolehi perlulah kami zahirkan dalam bentuk alamat laman sesawang( alamat internet), fail laman sesawang( fail internet) dan juga katalog laman sesawang(katalog internet). Dengan hasil dapatan maklumat-maklumat ini akan kami muatnaik ke laman sesawang seperti yang ada dalam laman sesawang ini.
Tugasan ini saya mulakan dengan pencarian alamat internet. Dalam pencarian alamat internet ini, saya menggunakan enjin pencari GOOGLE untuk mengakses bahan-bahan yang saya perlukan. Segala maklumat yang telah saya perolehi, saya kumpulkan dalam satu folder khas untuk memudahkan rujukan serta muatnaik ke laman sesawang selepas tugasan ini selesai nanti. Antara bahan-bahan yang telah saya dapati daripada laman sesawang adalah berkaitan dengan teknik pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah, bahan sintaksis, morfologi, sistem-sistem bahasa serta bahan-bahan bantu mengajar. Terdapat juga alamat-alamat internet yang berkaitan dengan video, audio dan grafik yang menarik juga telah saya dapatkan dan saya kumpulkan. Setelah itu, alamat-alamat internet yang telah saya kumpulkan, saya bentukkan dalam bentuk jadual yang menjadi satu set katalog internet. Dalam setiap katalog internet, saya memberi Tajuk, URL serta sinopsis laman yang berkaitan. Dan yang terakhir sekali, saya menyimpan fail internet yang telah dimuat turun, dan saya kumpulkan dalam satu folder juga. Kesemua bahan-bahan yang telah saya kumpul tersebut, saya muatnaik ke laman sesawang ini.
Tugasan ini sememangnya mencabar saya kerana perlu bersabar dengan masalah talian laman sesawang yang terlalu lambat dan kadang-kadang tidak dapat disambung kepada komputer riba saya. Walaubagaimanapun, setelah dicuba beberapa kali, akhirnya masalah ini dapat diselesaikan. Alhamdulilah, segala urusan dan tugasan dalam minggu pertama ini telah berjaya saya selesaikan.