CONTOH BAHAN PROSA
Pada zaman dahulu,seekor ibu kambing telah melahirkan tujuh ekor anak.Pada suatu hari,ibu kambing hendak keluar mencari makanan.Ibu kambing memberitahu kepada anak anaknya,"Serigala sangat licik,jadi apabila kamu semua mendengar suara dan melihat empat kuku hitamnya,jangan buka pintu."
Serigala berasa begitu gembira setelah melihat ibu kambing meninggalkan rumahnya.Ia pun mengetuk pintu dengan kuat,"Cepat buka pintu,ibu sudah balik!"Tetapi anak anak kambing berkata,"Ini bukan suara ibu,suara ibu sangat lembut dan halus."
Serigala tidak putus asa.Ia membeli kapur dan memakannya.Hasilnya,suara telah menjadi lembut.Kemudian ia pergi mengetuk pintu rumah kambing."Cepat buka pintu,ibu sudah balik dan membawa banyak makanan yang enak!"
Walaupun suara serigala telah menjadi lembut,tetapi anak anak kambing telah melihat kuku hitam dan tajam itu,lalu berkata,"Kamu bukan ibu kami.Kamu adalah serigala kerana kamu ada kuku yang hitam lagi tajam."
Serigala mencari tuan kilang penggilaing dan memaksanya membuatkan kuku hitam menjadi putih.Serigala sekali lagi mengetuk pintu rumah kambing.Anak anak kambing melihat kuku putih itu dan menyangkakan ibu mereka telah balik.
Setelah anak anak kambing membukakan pintu,serigala terus menelan enam ekor anak kambing sekali gus.Seekor anak kambing yang terselamat sempat bersembunyi di bawah kotak jam.Setelah kenyang,serigala tertidur di bawah sepohon pokok.
Apabila ibu kambing balik,ia melihat keadaan rumah yang kucar kacir itu.Ia terus mencari anak anaknya.Akhirnya ia menjumpai anak kambing yang bersembunyi di bawah kotak jam.
Anak kambing yang terselamat itu memberitahu ibunya perkara yang telah terjadi.Ibu kambing berasa begitu sedih dan berkata,"Serigala sudah kekenyangan,mesti ia tidak pergi jauh dari sini.Kita pergi carinya sekarang juga!" Akhirnya ibu kambing dan anaknya menjumpai serigala yang sedang tidur di bawah pokok.Ada sesuatu yang bergerak di dalam perut serigala.Jadi ibu kambing pun menyuruh anaknya balik ke rumah mengambil gunting dan jarum.
Ibu kambing terus membelah perut serigala dengan gunting.Ia berjaya menyelamatkan keenam enam ekor anaknya.Anak anak kambing tidak mengalami sebarang kecederaan.Ini kerana serigala hanya menelan dan tidak mengunyah mereka.Apabila ibu kambing melihat anak anaknya masih hidup,ia berasa begitu gembira.
Ibu kambing menyuruh anak anak mencari batu batu untuk diisi ke dalam perut serigala.Setelah memasukkan batu batu sehingga penuh,ibu kambing menjahit semula perut serigala.Setela serigala terjaga,ia merasa kekenyangan dan berasa sangat dahaga.
Serigala berjalan ke tebing sungai.Ia tidak boleh berjalan cepat kerana perutnya berat.Ia masih tidak menyedari bahawa perutnya telah diisi penuh dengan batu. Oleh kerana perutnya terlalu berat,ketika serigala membongkok untuk meminum air,ia telah terjatuh ke dalam sungai dan mati lemas.Ibu kambing dan anak anaknya berasa begitu gembira apabila melihat serigala telah mati lemas.

CONTOH BAHAN PUISI
Pantun tradisi
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula
Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu
Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa
SAJAK
Gugurnya kelopak itu...
Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.
Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.
Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.
Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.
Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.
Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.
Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.
Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.