REFLEKSI MINGGU 2
Pada minggu kedua, tugasan yang diberikan pada minggu ini adalah berkaitan dengan penyediaan bahan-bahan pengajaran kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sesuai dengan tugasan yang diberi, kami diberi mandat untuk menyediakan 10 jenis bahan teks dan grafik bagi kemahiran lisan, manakala 10 bahan video dan teks untuk kemahiran membaca dan seterusnya 10 baha audio, video, grafik dan teks bagi kemahiran menulis.
Berdasarkan penyediaan bahan-bahan tersebut, saya telah mencari bahan tersebut dalam pelbagai laman sesawang yang melibatkan enjin pencarian GOOGLE. Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta, setelah mendalami tentang ilmu pencarian ini, saya seperti mula jatuh cinta dan menunjukkan minat terhadap pencarian maklumat yang berkaitan dengan tugasan minggu ini.
Untuk memulakan tugasan kedua ini, saya telah mulakan dengan pencarian audio-audio yang berkaitan dengan kehendak tugasan. Segala maklumat berkaitan dengan audio tersebut telah saya cari pada pautan takemp3.com untuk memuatturun bahan yang diperukan, bagi pencarian bahan grafik pula saya dapatkan di enjin pencari GOOGlE ‘IMAGE’ untuk dapatan gambar-gambar mernaik buat bahan P&P, setelah pencarian grafik selesai saya beralih pula keada bahan teks dan akhir sekali bahan video yang saya fokuskan pencariannya di laman youtube.com.
Kesukaran semasa menyediakan tugasan pada minggu ini agak berat berbanding minggu lalu memandangkan bahan yang perlu dicari kian bertambah. Namun, itu bukan alasan bagi saya untuk tidak berusaha dalam mencari bahan yang sesuai seterusnya menyiapkan tugasan minggu kedua ini. Jikalau minggu lalu kami hanya mencari alamat yang berkaitan dengan laman sesawang sahaja, pada minggu ini kami berpeluang untuk melawat laman sesawang dan seterusnya mendapatkan bahan tersebut. Alah bisa tegal biasa, perkara ini menjadi semakin mudah buat kami apabila kami sudah lazim untuk menyelesaikannya.
Kesimpulannya, tugasan pada minggu kedua ini agak mencabar dan saya seronok untuk menyelesaikannya. Semoga ilmu yang kami dapati merupakan ilmu yang bermanfaat dan dapat kami jadikan pedoman di masa akan datang.